Sunday, July 20, 2008

Apam Balik

Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting
Tried this recipe for several times already. Really nice. It tastes similar to the one sold at pasar malam. Gamba tak clear psl tangkap pakai handphone ajer. Recipe taken from mamafami's. Thanks a lot ma!

Bahan-bahan :

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula 1 butir telur
1 1/2 cawan air
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil pewarna kuning

Bahan taburan :

1 cawan kacang goreng ~ ditumbuk
1 cawan gula halus
1 tin jagung krim

Kaedah penyediaan :

1. Mesinkan telur dan gula (guna blender je)
2. Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan mesin hingga tidak berketul.
4. Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satu senduk adunan. Tutup kuali sebentar.
5. Masukkan bahan tabur. Tutup semula kuali.
6. Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan dilipat dua.

Nota : 1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandum dicampur dengan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat. 2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu dengan minyak terlebih dahulu.

0 comments:

Ad