Assalamualaikum..
Haaa...Saye ni orang Kelantan sejati..harus la mkn budu kan sebab dari kecil lagi diasuh makan budu...dok jauh dari Malaysia pon..sanggup angkut atas kapal terbang..ramai jugak yang tanye.."ko dok angkut budu ni tak meletup ke die dlm luggage?"..ntah la..dah baper botol dah bawak..tak penah pon meletop..maybe kalu die panas sangat die meletop kot...
Budu ni, macam ramai yang tahu..sedap dimakan dengan nasik dan ulam-ulaman. Lauk yang memang geng die adelah ikan goreng ataupon ikan singgang. Dan budu ni pon sedap kalau kite campurkan sekali dengan ikan bakar, cili padi, limau nipis, telur atau durian. Huu terangkat tuu...Haaa kat atas ni...ni la care favorite saye makan budu...dengan cili dan durian. Manis, masin, pedas. Sempurna. Haha lebey. Lately ni kerap la saye makan budu sejak-sejak durian ade jual kat sini..:P
Kecik-kecik dulu, orang selalu kate, makan budu bagus sebab die dibuat dari ikan bilis, banyak kalsium, jadi bagus untuk tumbesaran. Saya pon cam biase la, layan je. Haa pastuh tetibe rajin pulak nak carik kesahihan berita ni kat internet. Saya pon jumpe,
"Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".
Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit(diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanan-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A,D,E,K)"
**Source: http://ms.wikipedia.org/wiki/Budu
Biase kalau ada kawan-kawan yang kate nak belajar makan budu, tapi tak boleh stand bau die tu, saye suruh masakkan dulu budu dengan mencampurkan sikit sahaja air, hirisan halia dan serai yang diketuk. Time die tengah masak tu, huuuuu hazab baunye. Tapi bile dah siap, memang sedap.
Hehehehe, bagi saye, macam-macam mane pon budu memang sedap (mungkin sebab saye dah biase makan budu), dan berkhasiat. Huwaa..