Sudah lama tak buat New York Cheesecake, kali terakhir buat pun dah beberapa tahun lepas. Dah banyak sangat lupa cara-cara nak buat cheesecake. Walaupun sedap, tapi sebab kemalasan yang amat melanda, ada aje alasan bila bukak peti ais dan nampak cream cheese. Tapi sebab dah nak dekat puasa dan cream cheese tu pun sikit je lagi nak expired, nak tak nak kene gagahkan jugak buat cheesecake. Sebab dah lama sangat tak buat, kali ni tak berapa menjadi cheesecake nya ;P boleh lah...skill masak kalau diperam-peram sampai bertahun-tahun pun boleh hilang jugak kan? :P Resepi ni ambil dari Chantal's New York Cheesecake di Allrecipes, tapi alter ikut kesesuaian bahan yang ada dirumah.
Bahan Untuk Crust:
1 peket besar biskut tiger susu
3 sudu besar butter
Cara:
Sapu sedikit butter pada permukaan spring form pan.
Cairkan butter di atas api kecil. Biskut dihancurkan hingga menjadi crumbs. Campurkan butter cair dengan biskut dan ratakan. Tekan biskut di dasar spring form pan sehingga rata dan padat. Bakar pada suhu 170 darjah selama 10 minit.
Bahan Untuk Cheesecake:
4 block Philadelphia cream cheese (atau bersamaan lebih kurang 900gm-1kg)
4 biji telur gred A
1 cawan gula pasir
3/4 cawan susu segar
1 tub kecil yogurt perisa asli
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar esen vanilla
2 sudu besar jus lemon
Cara:
Putarkan dengan mixer cream cheese dengan kelajuan perlahan, kemudian masukkan gula dan putar sehingga rata.
Masukkan susu sedikit demi sedikit. Bila susu sudah bercampur dengan adunan cream cheese, masukkan telur satu persatu.
Masukkan esen vanilla, yogurt, jus lemon dan tepung gandum. Putar kan sehingga semua rata dan tiada lumps.
Masukkan adunan ke dalam spring form pan.
Balut bahagian luar spring form pan dengan aluminium foil.
Isi satu bekas yang besar dengan air panas sehingga 1/3 ketinggian spring form pan.
Letakkan spring form pan di dalam bekas berisi air panas dan bakar kek pada suhu 170 darjah selama satu jam
Tips:
1) Pastikan semua bahan berada dalam suhu bilik
2) Bila kek sudah masak, bahagian tengah tidak akan set and firm, tapi jiggly. Tidak perlu risau kerana bila sejuk bahagian ini akan mengeras
3) Selepas cukup satu jam, jangan keluarkan kek dari oven. Biarkan kek menyejuk dalam oven selama dua jam. Kemudian masukkan dalam peti ais selama 5-7 jam.
Failure never me brings me down
Friday, July 4, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ad
Blog Design by Gisele Jaquenod
2 comments:
nak!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment