Sunday, July 20, 2008

Marble Cheesecake


Photobucket - Video and Image Hosting
recipe taken from Kak Rinnchan's fp


Bahan A :
180gm mentega
20gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
120gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
170gm gula castor
3 biji telur

1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
2. Masukkan campuran tepung+baking powder+serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B:
250gm cream cheese
60gm gula castor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

1.Pukul cream cheese sampai kembang.
2.Campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara-cara :
1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan.
2. Tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
3. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.

Ad